
Wednesday, April 6, 2011
Tuesday, April 13, 2010
SALAM MARIA
BEIRUT: Pada Mac 25 lalu, umat Kristian dan Islam Lubnan merayakan Perayaan Khabar Gembira Kepada Bonda Maria sebagai cuti umum negara. Semua bangunan kerajaan, sekolah, bank dan universiti ditutup. Kerajaan juga menggalakkan badan-badan swasta untuk melakukan sedemikian. Perayaan ini memperingati ketika Malaikat Gabriel memberitahu Perawan Maria bahawa dia akan menjadi ibu kepada Yesus, Sang Penyelamat.
Rujukan: http://www.heraldmalaysia.com
Sunday, April 11, 2010
ADAT LUMOPUT
Biar mati anak jangan mati adat. Ungkapan ini memberitahu kita betapa sesuatu bangsa itu wajib memelihara dan mengamalkan adat yang telah dipusakai dari nenek moyang setiap kaum di negeri Sabah khasnya dan di negara Malaysia amnya. Kita dituntut memelihara adat sebagaimana kita menyayangi anak-anak kita.
Adat lumoput ini dapat disaksikan semasa pesta perkahwinan masyarakat Rungus atau Momogun. Suku kaum rungus adalah penduduk diutara negeri Sabah. Walau bagaimanapun disebabkan oleh faktor ekonomi dan perkahwinan maka suku kaum rungus boleh ditemui di seluruh negeri Sabah maupun di semananjung. Adat lumoput merupakan kemuncak kepada satu-satu pesta perkahwinan suku kaum rungus.
Adat Lumoput ini merupakan upacara penerimaan menantu oleh ibu bapa yang berkahwin yakni ibu bapa pengantin lelaki atau perampuan. Pengantin akan memberi hadiah kepada ibu bapa mertua sambil menyebut mertua atau IVAN dalam bahasa momogun. Mertua akan menyambut hadiah tersebut sambil berterima kasih dengan memberi nama pangilan (gelaran) kepada menantu seperti USAU, KONDU, OSONG dan sebagainya. Pangilan atau gelaran ini menandakan penerimaan dan pengesahan pengantin tersebut sebagai sebahagian daripada anak-anak didalam keluarga itu.
Pada masa dahulu, hadiah yang diberikan oleh pengantin kepada mertua dan keluarga mertua adalah sirih dan kapur. Makan sirih merupakan budaya masyarakat momogun pada masa itu. Menikut peredaran zaman dan memandangkan sudah ramai masyarakat momogun yang tidak lagi mengamalkan makan sirih maka hadiah ditukar kepada benda-benda samada makanan atau wang mengikut kemampuan pengantin. Hadiah ini hanya sebagai simbolik sahaja sedangkan yang terpenting dalam upacara ini adalah kerendahan hati pemberi dan keterbukaan penerimaan dipihak yang menerima.
Mertua dalam konteks ini termasuklah datuk/nenek dan adik beradik dan adik beradik ibubapa serta sepupu-sepupunya.
Pada masa dahulu upacara ini dilaksanakan dengan semua mertua diatas duduk bersilah diatas lantai dan pengantin akan pergi bersalaman dihadapan setiap mertua tersebut sambil mengatakan ucapan "Nah Ivan"(terimalah ini hai mertuaku). Pihak mertua akan menyambut dengan mengatakan "Kounsikou Kondu/Usau/Osong" (terima kasih .... gelaran)
Dengan sempurnanya upacara adat lumoput ini, maka sahlah pengantin tersebut menjadi anak mereka.
Sunday, March 28, 2010
Rest In Peace
Pada 25.03.2010 (khamis) keluarga kami sebelah bapa Jailin Bin Mogintu (Gambar) telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Mendiang yang masih bujang meninggal dunia disebabkan penyakit perut. Mendiang yang tinggal berseorangan ditemui sedang nazak dirumahnya pada pagi tersebut. Jiran terdekat yang juga ahli keluarga telah menghantar mendiang ke hospital Kota Belud tetapi telah menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan.
Beliau selamat dikebumikan pada 26.03.2010 ditanah perkuburan kristian kg. Tempasuk 2.
Semoga roh mendiang Jailin ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. Amin
Saturday, February 20, 2010
MY FAMILY TREE
Please Click the web site bellow to see my family tree. Thank you.
http://www.myheritage.com/site-family-tree-76074101/my-family?familyTreeID=1
http://www.myheritage.com/site-family-tree-76074101/my-family?familyTreeID=1
Friday, February 19, 2010
HARI RABU ABU (ASH WEDNESDAY)
17 Mac yang lalu merupakan Hari Rabu Abu bagi penganut agama Katholik. Pada hari ini merupakan bermulanya musim berpuasa yang akan berlanjutan selama 40 hari sehingga perayaan Paska (Easter). Pada musim puasa ini penganut Kahtolik dituntut untuk:
- Berpuasa dengan mengurangkan makan-minum separuh daripada biasa dan tidak makan daging (semua jenis daging) lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Ini adalah peluang untuk mengalami sendiri pengalaman mereka-mereka yang tidak mampu atau golongan miskin yang tidak dapat merasai makanan-makanan yang baik dan mewah. Puasa yang paling dituntut adalah mengelakkan perasangka-perasangka buruk, pertuturan dikawal. Tidak mengata atau mengumpat.
- Menderma atau memberi sedakah samada berbentuk material atau buah fikiran kepada golongan yang memerlukan.
- Berdoa. Melipat-gandakan lagi aktiviti berdoa kepada Tuhan. Sebaik-baiknya doa berkumpulan terutama sekali doa sekeluarga.
- Memohon pengampunan dosa dengan melaksanakan Sekeramen Pengakuan. Bertobat daripada melakukan dosa.
Pada hari rabu abu, penganut Kahtolik ditandai dengan Abu pada dahi. Semasa penandaan Abu ini peringatan berikut diucapkan....
"DARI TANAH KITA DATANG DAN KEPADA TANAH KITA AKAN KEMBALI"
Selamat Berpuasa...HARI VALANTINE 14 FEBRUARI
Pada 14 Feb setiap tahun masyarakat dunia merayakan hari kekasih (Velantine Day). Saya percaya kebanyakan orang merayakan hari kekasih ini secara ikut-ikutan saja. Orang rayakan hari kekasih maka dia pun ikut rayakan juga. Kenapa sambut hari kekasih ? sebab diorang buat.
Ada sesetengah pula menyalahkan orang lain atau komuniti tertentu kerana memulakan budaya yang tidak baik. Budaya ini tidak sihat. Budaya ini datang dari orang barat dan macam-macam lagi. Kalau tidak baik biasalah, salahkan orang lain. kenapa tidak mahu menyalahkan diri sendiri?
Sebenarnya sejarah hari kekasih (Velantine Day) ini bermula atau dimulakan oleh seorang Padri bernama Velantine. Beliau juga merupakan seorang doktor yang telah banyak menyembuhkan orang sakit termasuklah anak gadis seorang waden penjara. Kebaikan anak gadis tersebut menyebabkan padri Valantine jatuh cinta kepada gadis itu. Jangan keliru!. Pada masa itu sebenarnya Padri masih dibenarkan untuk berkahwin .
Beberapa waktu kemudian, golongan yang anti kristian telah menangkap dan memenjarakan Valantine. Semasa didalam penjara, pada 14 Feb. Valantine telah menulis surat kepada anak gadis waden penjara tadi. Dalam surat itu Valantine tetap menyatakan cintanya kepada gadis tersebut. Dan di akhir tulisannya Valantine menyatakan "Dari Valantine (From your Valantine)". Kekasih Valantine begitu gembira walaupun Valantine berada dalam penjara dan bermula tarikh itulah Velantine Day disambut setiap tahun.
Selepas beberapa tahun kematian Valantine beliau telah dikanonisasikan sebagai Santo. Sekarang ini orang kristian khususnya penganut Katholik mengenalinya sebagai Santo Valantine. Gelaran Santo adalah kepercayaan atau mengimani bahawa orang itu sudah berada di Syurga bersama-sama dengan Tuhan.
Kesimpulannya, tanda yang menunjukkan kita memperingati kekasih atau orang yang kita sayangi ada dua cara. Pertama adalah pemberian hadiah berbentuk material seperti hadiah bunga, makanan, barang-barang berharga dan sebagainya. Kedua adalah sanggup sengsara atau susah kerana kekasih atau orang yang disayangi. Kebanyakan orang hanya melakukan cara yang pertama manakalah cara kedua mungkin tiada orang yang sanggup termasuk saya.
Maaflah susunan ayat tidak teratur.... faktapun tidak lengkap.
Rujukan: Homili Fr. Fandes Stela Maris pd. 14 Feb. 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)