17 Mac yang lalu merupakan Hari Rabu Abu bagi penganut agama Katholik. Pada hari ini merupakan bermulanya musim berpuasa yang akan berlanjutan selama 40 hari sehingga perayaan Paska (Easter). Pada musim puasa ini penganut Kahtolik dituntut untuk:
- Berpuasa dengan mengurangkan makan-minum separuh daripada biasa dan tidak makan daging (semua jenis daging) lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Ini adalah peluang untuk mengalami sendiri pengalaman mereka-mereka yang tidak mampu atau golongan miskin yang tidak dapat merasai makanan-makanan yang baik dan mewah. Puasa yang paling dituntut adalah mengelakkan perasangka-perasangka buruk, pertuturan dikawal. Tidak mengata atau mengumpat.
- Menderma atau memberi sedakah samada berbentuk material atau buah fikiran kepada golongan yang memerlukan.
- Berdoa. Melipat-gandakan lagi aktiviti berdoa kepada Tuhan. Sebaik-baiknya doa berkumpulan terutama sekali doa sekeluarga.
- Memohon pengampunan dosa dengan melaksanakan Sekeramen Pengakuan. Bertobat daripada melakukan dosa.
Pada hari rabu abu, penganut Kahtolik ditandai dengan Abu pada dahi. Semasa penandaan Abu ini peringatan berikut diucapkan....
"DARI TANAH KITA DATANG DAN KEPADA TANAH KITA AKAN KEMBALI"
Selamat Berpuasa...
No comments:
Post a Comment