Mukadimah.Pada pagi 16 Januari 2010 bersamaan hari Sabtu, saya (Blasius Kusi) menerima panggilan daripada Erus Kusi yang bertanyakan samada saya akan balik ke Kg. Kelawat atau tidak. Walau bagaimanapun, Erus Kusi tidak menyatakan tujuannya menghubungi saya. Saya hanya mengatakan tidak pasti akan balik. Disebabkan pada hari itu kami (Blasius, Isteri dan anak-anak) menerima jemputan kahwin dari rakan sekampung maka saya (Blasius Kusi) dan isteri mengambil keputusan untuk balik ke Kg. Kelawat. Apabila saya dan isteri sampai di kampong, hujan tengah lebat menyebabkan kami singgah di rumah Erus Kusi.
Semasa berada dirumah Erus, satu buku diserahkan kepada kami. Kandungan buku mengandungi beberapa kenyataan Vitalis Kusi mengenai masalah keluarga dan masalah tanah pusaka siap dengan tandatangan pengesahan. Beberapa minit kemudian Erus dan Julian datang dari mengunjungi majlis kahwin. Erus dan Julian menyatakan bahawa mereka juga menerima buku yang sama dari Vatalis. Dalam perincangan ringkas antara saya (Blasius), Erus Kusi, Julian Kusi dan Ibu (Lingsu Kupok), kami sekata mengatakan bahawa semua kenyataan yang ditulis oleh Vatalis mengandungi unsur-unsur pembohongan dan fakta yang tidak lengkap atau kabur.
Saya (blasius) balik ke kediaman saya di Kota Kinabalu pada petang itu juga. Apabila saya membaca dan merenung kenyataan-kenyataan Vatalis Kusi didalam buku itu, saya merasakan ada keperluan untuk:-
1. Memberi penjelasan.
2. Mengemukakan fakta sebenar.
3. Mempertahankan hak.
Tujuan.
Kertas penjelasan ini dibuat bukan bertujuan untuk menyerang balas tetapi adalah semata-mata bertujuan seperti berikut:
1. Memudahkan masyarakat untuk membuat penilaian keatas kenyataan-kenyatan yang telah dibuat oleh Vatalis Kusi dengan menyediakan mereka fakta dari kedua-dua belah pihak. Adalah tidak adil kepada masyarakat untuk membuat kesimpulan dengan hanya berpandukan kepada kenyataan sebelah pihak sahaja. Saya (Blasius) membabitkan masyarakat disini kerana kenyataan-kenyataan Vatalis ini dibuat dalam bentuk dokumen yang lambat-laun akan bocor juga akhirnya kepada masyarakat sekeliling.
2. Memberikan gambaran yang sebenar keatas fakta yang benar dan sahih terutama sekali kepada anak-anak kita (Vatalis, Blasius, Julian dan Erus). Disebabkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Vatalis berbentuk dokumen yang bertulis, maka kelak anak-anak kita akan menganggap itulah fakta yang benar (Buku Kenyataan Vatalis). Keadaan ini akan merumitkan lagi status hubungan kekeluargaan anak-anak kita.
3. Membetulkan beberapa kenyataan yang saya dapati ada unsur-unsur fakta kabur dan pembohongan. Seperti rumah draf pembahagian tanah pusaka dan rumah Vatalis di Kg. Tempasuk II.
FAKTA SEBENAR DAN PENJELESAN MENGENAI MASALAH HARTA TANAH PUSAKA IBU/BAPA (LINGSU KUPOK DAN MENDIANG KUSI JAMBUL)
Kenyataan No. 1.
Tanah NT. 03310091 luas 7.57 ekar diserahkan kepada saya (Vatalis Bin Kusi) daripada bapa (Kusi Bin Jambul) pada hari ini 5 Jun 1979 jam 3.55 petang. Sah Tanah NT. 03310091 keluasan 7.57 ekar milik saya (Vatalis Bin Kusi).
Dari segi perundangan, kelihatan tanah ini memang atas nama Vatalis Bin Kusi. Beberapa persoalan yang perlu direnung dan dijawap secara logik seperti berikut:
1. Kenapa bapa (mendiang Kusi Jambul) meletakkan nama Vatalis sebagai penama geran ini? Dimana surat wasiat yang menyatakan tanah ini diserahkan kepada Vatalis?
2. Kalau dikatakan bapa (Kusi Jambul) bodoh. Vatalis sebagai orang dewasa yang cukup matang untuk berfikir telah mengambil kesempatan daripada kebodohan bapa.
3. Kenapa adik-beradik tidak menentang pada masa itu?
Kami (Blasius, Julian, Erus) adik beradik masih terlalu mentah untuk memahami perkara ini pada masa itu. Saya (Blasius) baru berusia 15 tahun tahun apatak lagi 2 adik bungsu saya (Julian dan Erus). Vatalis mengambil kesempatan daripada keadaan kematangan berfikir adik-beradiknya.
Fakta sebenar:
Tanah NT. 03310091 adalah satu-satunya harta bapa (Kusi Jambul) pada masa itu. (Tahun 1979). Vatalis (anak sulung) yang telah pun matang, sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaan tetap pada masa itu (tahun 1979) telah mendesak bapa supaya tanah itu diletakkan atas namanya dengan alasan untuk dicagarkan ke bank bagi mendapatkan pinjaman untuk membina rumah bagi kegunaan tempat tinggal keluarga. Vatalis juga telah meyakinkan dan memberi jaminan secara lisan kepada bapa yang dia (Vatalis) akan membahagi-bahagikan tanah ini kepada semua adik-beradiknya (Blasius, Julian dan Erus) apabila mereka cukup umur untuk digandingkan dalam geran tersebut. Disebabkan bapa begitu percaya kepada jaminan seorang anak sulung maka tanah tersebut ditukar nama kepada Vatalis.
Perkataan “diserahkan kepada saya” sepatutnya ditukar kepada “diamanahkan kepada saya”
Saksi yang masih hidup – Puan Lingsu Kupok (IBU kami atau isteri mendiang Kusi Jambul)
Persoalan:
1. Dimana rumah yang telah dibina dengan menggunakan tanah ini? Kalau tidak jadi cagar kenapa tidak dikembalikan semula kepada bapa pemilik asal?
2. Kenapa selepas umur kami adik-beradiknya sudah cukup matang untuk diganding nama dan semasa bapa masih hidup tidak diurus ganding nama? Dimana janji yang diberikan kepada bapa sebelum tanah ini ditukar nama dahulu? Ini pecah amanah namanya. Saya (Blasius) sedang mendapatkan nasihat perundangan untuk tindakan selanjutnya.
Kita renung firman Allah dalam Lukas 16 ayat 12;
“Dan jikalau kamu tidak setia dalam harta orang lain, siapakah yang akan menyerahkan hartamu sendiri kepadamu?”
Kenyataan No 2.
Tahun 1975 Saya telah membuat rumah 20’ X 20’ dan Rumah Padi (Sulap) dalam geran NT. 03310091 milik saya (Vatalis Kusi).
Tahun 1975 geran NT.03310091 masih lagi atas nama bapa (Kusi Jambul). Kos membina Rumah dan sulap adalah atas pembiayaan bersama antara Vatalis dengan Ibu-bapa(Lingsu Kupok dan Kusi Jambul). Pada masa itu, ibu bekerja sebagai Buruh Kasar JKR manakala bapa menoreh getah untuk mendapatkan kewangan bagi sama-sama membiayai pembinaan rumah dan sulap. Kami merasakan pembinaan rumah dan sulap ini adalah harta pencarian bersama antara Vatalis dan Ibu-bapa. Tapak rumah itupun diatas tanah bapa yang kemudiannya tanah ini diletakkan diatas nama Vatalis (dengan cara tipu).
Rumah ini kemudiannya (lebih kurang tahun 1988) disambung (dibesarkan) dimana kos pembinaannya dibiayai sepenohnya oleh Ibu dan bapa. Pada masa ini, saya (Blasius) dan Julian sudah bekerja dan ada juga menyumbang sedikit.
Kenyataan No.4
Tahun 2009 Ibu Saya (Lingsu Kupok) membuat rumah seluas 14’ X 12’ didalam geran tanah saya NT 03310091 tanpa pengatahuan saya. Mengapa buat rumah di tanah orang tanpa kebenaran. Separuh daripada perkakas adalah bekas sulap yang dirobohkan. Jangan cari sakit?.
Rumah ini dibina atas kemahuan ibu dan bapa (pada masa itu masih hidup). Pembiayaan pembinaan rumah ini adalah atas tanggungan mereka bersama dengan Julian. Tanah ini adalah pada asalnya adalah milik bapa. Pembinaan rumah ini memakan masa yang lama sekurang-kurangnya satu bulan. Saya percaya Vatalis telah menyedari pembinaan rumah ini dari awal lagi.
Persoalan:
1. Kenapa semasa rumah ini mula dibina Viatlis tidak halang?
2. Salahkah ibu-bapa membina rumah ditanahnya sendiri?
Fakta sebenar:
Vatalis tidak menghalang pembinaan rumah ini kerana pada masa itu bapa masih hidup lagi. Vatalis takut nama dia dalam geran ditarik-balik oleh bapa. Sekarang bapa sudah mati barulah Vatalis membuat sesuka-hatinya kerana tiada lagi orang yang boleh menggugat namanya dalam geran.
Rumah ini kemudiannya dibesarkan oleh Vatalis dengan binaan konkrit. Pembesaran ini menyebabkan rumah yang dibina ibu dan bapa tidak kelihatan lagi. Alasan Vatalis untuk membesarkan rumah ini ialah untuk memudahkan bapa yang sudah tua dan tidak kuat lagi untuk bergerak didalam rumah tersebut. Belumpun siap rumah ini, bapa sudah meninggal. Apabila bapa sudah meninggal, Vatalis dan anak-anaknya menghalau ibu (Lingsu Kupok) keluar dari Rumah ini.
Pembinaan rumah konkrit sengaja dibina disekeliling rumah ibu/bapa kerana Vatalis sudah mengintai umur Bapa (Kusi Jambul). Apabila saja bapa meninggal keseluruhan rumah ini akan menjadi miliknya.
Persoalan;
1. Perundangan dan agama mana yang dirujuk oleh Vatalis dan anak-anaknya untuk bertindak kejam keatas Ibu (Lingsu Kupok)?
Renungkan seorang ibu yang baru kehilangan suami, belumpun sempat kering air mata sudah diperlakukan demikian. Kita mengharapkan agar Vatalis atau isterinya tidak diperlakukan demikian oleh anak-anaknya kelak.
Kenyataan Bahagian C no. 5.
Pada tahun 1996 saya membuat rumah kali kedua di Kampung Tempasuk II untuk ibu/bapa tinggal sehingga sekarang. Sebagai bukti rumah itu masih ada ditapak FR1907.
Kenyataan ini tidak benar sama sekali dan satu pembohongan besar. Kalau siapa-siapa yang mahu melihat sendiri rumah yang didakwah oleh Vatalis, Tanah FR1907 tidak mempunyai rumah. Yang ada hanya bangsal buruk untuk menghalau burung.
Fakta sebenar:
Tahun 1996, Ibu (linsgu Kupok) dan Bapa (mendiang Kusi Jambul) telah membuka sawah di Tanah Vatalis FR1907 di Kg. Tempasuk II. Vatalis telah membina Rumah untuk mereka (ibu dan bapa) tinggal di satu tapak yang dianggapnya termasuk dalam kawasan tanahnya. Orang-orang kampong yang nampak Vatalis membina rumah menegur Vatalis bahawa tapak dimana Vatalis membina rumah tersebut tidak termasuk dalam kawasan tanahnya. Walau bagaimanapun Vatalis tetap berkeras bahawa tapak itu adalah sebahagian daripada tanahnya.
Pada Julai 1998 tanah (NT033137843) yang bersebelahan dengan tanah Vatalis dijual oleh pemiliknya. Saya (Blasius) telah membeli tanah tersebut. Walau bagaimanapun, pemilik tanah tersebut tidak dapat mengesahkan sempadan tanahnya yang sebenar. Saya tiada pilihan, terpaksa memohon bantuan Jabatan Tanah dan Ukur Kota Belud untuk mencari dan mengesahkan sempadan sebenar tanah (NT033137843). Selepas dicari dan disahkan oleh kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur sempadan tanah yang sebenar, didapati keseluruhan rumah yang dibina oleh Vatalis berada diatas tanah saya dan sebahagian lagi berada diatas tanah orang lain. Dianggarkan lebih kurang 20 kaki diluar kawasan tanah Vatalis. Pengukuran sempadan ini disaksikan sendiri oleh ketua kampong Tempasuk II pada masa itu (En. Santaim Guloh) dan beberapa orang jiran.
Saya (Blasius) mengesyaki Vatalis berniat jahat untuk mengaburi fikiran anak-anaknya untuk percaya kawasan tapak rumah tersebut adalah termasuk dalam kawasan tanahnya (FR1907) dengan mengeluarkan kenyataan diatas. Mengikut pengakuan Ibu (lingsu) dan Julian Kusi beberapa perkakas yang digunakan dalam pembinaan rumah tersebut adalah milik mereka.
Saya (Blasius) menuntut bayaran sewa dari bulan Julai 1998 hingga sekarang. Saya (Blasius) akan robohkan rumah itu untuk saya dermakan kepada ibu (Lingsu Kupok) bagi pembinaan rumahnya ditapak yang lain.
Kenyataan No. 09.
Pada 12 Disember 2009 saya mengarahkan anak saya (Vilfred Vatalis Jr) untuk memberitahu kepada Ibu saya (Lingsu Kupok) untuk bertenang dan berunding dengan saya sekiranya ada perkara yang tidak betul. Tapi tidak berhasil malahan masih juga ibu membenci saya dengan tidak mahu bercakap atau menegur.
Menurut pengakuan Ibu (Lingsu Kupok), anak Vatalis ini memang ada datang tetapi bukan seperti dalam kenyataan diatas. Vilfred Vatalis datang dan mendesak ibu (Lingsu Kupok) untuk mengeluarkan wang simpanan yang ada dalam buku bank ibu. Alasan - wang tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan hari keluarga yang mereka akan adakan sempena memperingati kematian bapa (Kusi Jambul) yang ke100 hari. Apabila Ibu (Lingsu Kupok) tidak bersetuju wang simpanan itu dikeluarkan, Vilfred Vitalis bertindak kurang ajar dengan mengarahkan Ibu (lingsu Kupok) keluar dari rumah itu. Ibu mengangap bahawa anak Vatalis itu hanya budak kecil yang belum matang berfikir. Sebab itu ibu telan saja usiran anak Vatalis itu dan masih juga tinggal dirumah itu hingga hari memperingati kematian bapa (kusi jambul) yang ke100 hari.
Vatalis telah mencanangkan dengan pembesar suara bahawa Vilfred seorang anak yang berpelajaran tinggi dihadapan tetamu semasa memperingati kematian bapa (Kusi Jambul) yang ke40 hari dan ke100 hari. Anak yang tinggi sekolah tapi kurang ajar. Ibu (lingsu Kupok) yang tidak pernah duduk sekolahpun tahu perbuatan Vilfred itu kurang ajar. Kami malu punya anak saudara seperti ini. Vatalis, tolong ajar anak-anak kamu menghormati orang tua.
Kenyataan No. 12.
1. Kenapa ibu (Lingsu) keluar dari rumah bersama barang-barang tanpa pengetahuan saya?
2. Saya tidak paksa ibu (Lingsu Kupok) keluar.
3. Saya tidak mengeluarkan barang-barang beliau
4. Saya mendapati barang-barang seperti berikut hilang:
- Tong Gas 14kg
- Lapis tikar getah 6’ X14’ 2 gulung
- Gambar Bapa.
Siapa mengambilnya ?
Tolong kembalikan.
Sekiranya tong gas tersebut tidak dikembalikan saya serahkan kepada Tuhan untuk menghukumnya … biar tong gas itu meletup.
Kenyataan ini kebudak-budakan dan menyerlahkan lagi perangai TAMAK Vatalis. Barang burukpun dituntut kah? Tidak puas hati kalau dia tidak dapat memperlakukan ibu sendiri terlanjang?. Dalam kenyataan no. 11 Vatalis mengatakan “Saya arahkan engkau (Lingsu Kupok) Keluar dari rumah saya”.
Mana-mana ibu yang merasa tidak dihormati oleh anaknya akan bertindak demikian. Itu menunjukkan/membuktikan Ibu (lingsu Kupok) masih siuman dan tahu harga dan maruah diri. Sebelum ini (pada 12 Disember 2009) Vilfred anak Vatalis sudah menghalau dia (Lingsu Kupok) keluar dari rumah itu dan hari ini (ke100 hari atau pada 19 Disember 2009) Vatalis sendiri pula yang menghalau ibu (lingsu Kupok) untuk keluar dari rumah itu. Boleh kah lagi Vatalis menuntut/mengharapkan ibu (lingsu kupok) memberitahunya untuk keluar dari rumah itu? Palui punya cakap.
Menurut pengakuan Ibu (Lingsu Kupok) barang-barang yang dikeluarkannya merupakan barang-barang kepunyaannya. Ibu (Lingsu Kupok) telah memberi Vatalis wang RM100.00 semasa tikar getah itu dibeli dan dipasang oleh Vatalis. Ibu (lingsu Kupok) menegaskan bahawa dia tiada membawa keluar tong gas sebaliknya menngatakan bahawa tong gas yang dimaksudkan diambil sendiri oleh Vatalis dan dibawa balik ke Tenghilan sebelum itu. Bagus juga kalau sumpah tong gas meletup akan dikabulkan Tuhan supaya sumpah Vatalis akan makan diri sendiri. Gambar Bapa yang dikatakan hilang sebenarnya diambil oleh Erus Kusi dimana gambar itu sebenarnya dibuat/dibeli oleh Erus Kusi sendiri dan bukannya Vatalis atau anak-anaknya. Ajaran Agama mana yang dirujuk oleh Vatalis sehingga boleh mengeluarkan tuduhan melulu ini?
Kalau Vatalis sedar diri dan mengaku hamba tuhan sepatutnya bila perkara ini berlaku, Vatalis merasa bersalah dan berdosa. Tulah seorang ibu bukan macam makan lada. Kasi rendahlah itu hati sebelum perkara buruk menimpah diri, isteri dan anak-anak dan cucu-cucu kelak. Tidak juga kurang bah itu kekayaan walaupun merendah diri. Ibu telah mempertaruhkan nyawanya semasa dia melahirkan kita. Syurga berada dibawah tapak kaki ibu. Ibu hanya menuntut anak-anaknya menghormati dia. Tak kan itupun susah sangat kita buat?
Kenyataan No. 13.
Pada 25 Disember 2009 saya pulang ke rumah baru saya untuk merayakan Hari Krismas bersama keluarga tetapi nampaknya tiada seorangpun yang melayan.
Biasanya bila tiba hari krismas, saya (Blasius) isteri dan anak-anak akan melawat rumah ibu-bapa. Pada krismas tahun ini saya (Blasius, isteri dan anak-anak) merasa tidak segembira seperti tahun-tahun sebelumnya kerana hanya tinggal ibu seorang saja yang ada. Saya (blasius, isteri dan anak-anak) tambah bingung lagi bila mendengar berita yang ibu telah dihalau dari rumah tempat tinggalnya. Rumah mana yang kami (Blasius, isteri dan anak-anak) akan melawat?
Kalau Vatalis dan keluarga merayakan krismas dikonkritnya pada 25 disember 2009 kenapa tidak jemput adik-beradik (Blasius, Julian & Erus) dan ibu (Lungsu Kupok)?.
Bila saya (Blasius, isteri dan anak-anak) sampai di rumah bunglo Vatalis untuk mencari Ibu (lingsu Kupok), rumah itu bertutup tiada orang (Ibu sudah dihalau sebelumnya). Bagaimana Vatalis begitu “lali” menyatakan tiada orang melayannya sedangkan memang tiada orang dirumah itu? Dia (Vatalis), isteri dan anak-anak pun tiada dirumah itu.
Saya beberapa kali (sebelum ini) mengadakan rumah terbuka dirumah saya di Tempasuk II. Saya (blasius), isteri dan anak-anak menjemput Vatalis sekeluarga datang ke rumah untuk merayakan hari krismas. Sekalipun Vatalis dan isteri tidak pernah datang. Hanya anak-anak Vatalis saja yang datang. Kenapa, jemputan orang miskin macam saya tidak perlu dihormati kah? Dimana usaha mengumpul dan menyatukan keluarga?
Kenyataan bahagian B.
Draf harta tana pusaka sekarang
1. Vatalis Kusi – 5.57 ekar
2. Blasius Kusi – 8 ekar
3. Julian Kusi – 2 ekar
4. Erus Kusi – 2 ekar
Kenyataan ini dibuat untuk mengaburkan fakta sebenar dan berniat jahat. Harta pusaka ada tiga bidang tanah iaitu:-
1. Tanah keluasan lebih kurang 2 ekar atas nama Ibu (lingsu Kupok)
Tanah ini telah dpindah milik kepada Julian Kusi.
2. Tanah keluasan 7.57 ekar NT03310091 atas nama Bapa (Kusi Jambul).
Tanah ini telah diamanahkan kepada Vatalis Kusi (lihat penjelasan terdahulu).
3. Tanah keluasan 8 ekar lebih atas nama Bapa (Kusi Jambul).
Tanah ini diperolehi oleh Bapa (Kusi Jambul) pada tahun 2004. Diserahkan kepada saya (Blasius Kusi) pada tahun 2008 siap dengan surat wasiat. Urusan pindah-milik belum selesai sehingga sekarang.
Berdasarkan kedudukan tanah dan bentuk muka bumi, nilai pasaran tanah ini adalah berbeza seperti berikut:
1. Tanah 2 ekar pemilik asal ibu (Lingsu Kupok) bernilai lebih kurang RM30,000.00 (minima) satu ekar. Kedudukan tanah di Kg. Tobur Kelawat, muka-bumi rata.
2. Tanah 7.57 ekar pemilik asal bapa (kusi Jambul) bernilai lebih kurang RM10,000.00 (minima) satu ekar. Kedudukan tanah di Kg. Tobur Kelawat, muka-bumi Rata dan berbukit.
3. Tanah 8 ekar pemilik asal Bapa (Kusi Jambul) hanya cantik atas kertas sahaja. Nilai pasaran paling tinggi pun dianggarkan RM1,000.00 sehaja seekar. Kedudukan tanah dihutan Kg. Penisian, Kelawat. Bentuk muka-bumi bukit bukau. Sesuai untuk ternakan Harimau dan binatang-binatang liar sahaja. Hampir separuh daripada tanah ini termasuk dalam kawasan tadahan air dimana tidak dibenarkan untuk dibangunkan.
Nilai harga diatas adalah berdasarkan anggaran secara kasar sahaja. Kalau mahu nilai yang sebenar kita boleh rujuk dengan mana-mana Perunding/Jurunilai Hartana. Kos kita tanggung sama-sama.
Berdasarkan draf harta tanah pusaka sekarang adalah seperti berikut:
Bil. Pemilik Keluasan Nilai Pasaran Peratusan (%)
1. Vatalis Kusi 5.57 ekar RM55,700.00 38.76
2. Blasius Kusi 8 ekar RM8,000.00 5.57
3. Julian Kusi 2 ekar RM60,000.00 41.75
4. Erus Kusi 2 ekar RM20,000.00 13.92
Berdasarkan jadual diatas, dalam apa hujah sekalipun saya (Blasius) masih merasakan tidak ada keadilan. Kalau diikut draf sepatutnya yang dikemukakan/diarahkan oleh Vatalis dimana saya (blasius) hanya diberi 4 ekar sahaja maka, saya (blasius) hanya mendapat bahagian harta tanah pusaka bernilai RM4,000 atau 2.78 % saja daripada nilai harta tanah keseluruhan seperti berikut:
Bil. Pemilik Keluasan Nilai Pasaran Peratusan (%)
1. Vatalis Kusi 5.57 ekar RM55,700.00 38.76
2. Blasius Kusi 4 ekar RM4,000.00 2.78
3. Julian Kusi 4 ekar RM62,000.00 43.15
4. Erus Kusi 4 ekar RM22,000.00 15.31
Jika Vatalis benar-benar ikhlas dalam usahanya mengumpul dan menyatukan keluarga seperti yang dimegah-megahkan oleh Vatalis semasa memperingati kematian bapa yang ke40 hari dan ke100 hari sepatutnya Vatalis mengukuhkan dahulu kesatuan keluarganya sendiri iaitu adik beradik dan ibunya. Vatalis banyak kali dihadapan ibu dan bapa dahulu (semasa bapa masih hidup) mengatakan/mengucapkan perkataan cantik ini “SAYA TIDAK MAHU KAMI ADIK-BERADIK BERPISAH-PISAH”. Kenapa sanggup halau ibu dari rumahnya? Kenapa mengarahkan saya (blasius) adiknya membuat rumah dan duduk bersendirian ditengah hutan Kg. Penisian, Kelawat? Kalaupun Vatalis bagi saya (Blasius) 1 ekar daripada tanah NT03310091 di kampong Tobur, Kelawat untuk tapak rumah, saya (Blasius) masih juga mendapat bahagian yang paling kecil/kurang nilainya seperti jadual dibawah:
Bil. Pemilik Keluasan Nilai Pasaran Peratusan (%)
1. Vatalis Kusi 4.57 ekar RM45,700.00 31.80
2. Blasius Kusi 9 ekar RM18,000.00 12.53
3. Julian Kusi 2 ekar RM60,000.00 41.75
4. Erus Kusi 2 ekar RM20,000.00 13.92
Disebabkan tanah NT.03310091 (di Kg. Kelawat) adalah harta sepencarian ibu dan bapa maka patutlah Ibu mendapat bahagian sedikit untuk tapak rumah. Bila masa ibu tidak lagi memerlukan tanah tersebut kelak terpulanglah kepada Ibu (Lingsu Kupok) untuk menyerahkan siapa yang dia bagi.
Pembohongan dan pengaburan fakta sebenar.
Sebenarnya masalah keluarga ini tercetus disebabkan oleh Vatalis yang takut akan bayang-bayangnya sendiri. Perasaan ego dan sombong sangat tebal didalam diri Vatalis. Berikut adalah beberapa perkara yang dikaburkan oleh Vatalis dari pengetahuan anak-anak kami dan masyarakat sekeliling:-
1. Vatalis telah banyak memutar-belitkan fakta sebenar.
Perkara sebenar bagaimana tanah pusaka bapa berada diatas namanya tidak dijelaskan dengan lengkap dan benar kepada ketua kampong dan mesyarakat sekeliling.
2. Vatalis telah berjanji dengan bapa tetapi tidak ditunaikan.
Janji untuk mengandingkan adik-beradik keatas tanah pusaka tidak ditunaikan. Tanah ini adalah harta sepencarian antara bapa (Kusi Jambul) dan ibu (Lingsu Kupok). Merekalah yang telah mengusahakan tanah ini lebih dari 50 tahun. Sekarang ibu (Lingsu Kupok) langsung tidak dihormati. Kami (Blasius, Julian dan Ibu) masih menangis pada masa memperingati kematian bapa yang ke40 hari tapi Vatalis bersukaria bersama anak-anaknya pergi ke pejabat tanah untuk membahagi-bahagi tanah pusaka. Ibu langsung tidak dibawa berbincangpun mengenainya. Dimana budi-bahasa Vitalis? Rugikah untuk bawa seluruh keluarga berbincang sebelum membuat tindakan? Disinilah bermulanya kekalutan keluarga ini. Kerana kesombongan Vatalis yang sudah memiliki tanah tersebut secara tipu-hela. Dengan ego mengatakan “Tidak payah bincang, ini tanah saya, suka hati sayalah”. Agama mana yang dirujuk oleh Vatalis mengatakan demikian?
3. Vatalis telah berjanji dengan saya (Blasius) tetapi tidak ditunaikan.
Pada bulan Jun 2008 saya (Blasius) bersama dengan mendiang bapa (Kusi Jambul) pergi ke rumah Vatalis di Tenghilan. Saya bertanyakan kedudukan sebenar mengenai tanah pusaka milik bapa. Sehari sebelum itu, saya telah diberitahu bahawa Vatalis akan menguruskan ganding nama tetapi telah dibatalkan atas alasan yang tidak masuk akal. Pada pertemuan dirumahnya, Vatalis telah memberi jaminan bahawa semua adik-beradik tidak perlu bimbang kerana semuanya ada bahagian. Vatalis juga menggesahkan saya untuk membina saja rumah di tanah tersebut. Janji ini didengar oleh bapa (mendiang Kusi Jambul) dan Isteri Vatalis serta anak bongsunya.
Kenyataan ini keluar sendiri dari mulut Vatalis “Kalaupun kamu (adik-beradiknya) belum ganding dan saya mati besok atau lusah perkara ini tidak jadi masalah kerana isteri dan anak saya ada mendengarnya”. Saya (Blasius) mencabar Vatalis untuk bersumpah mati kalau beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Saya (Blasius) juga mencabar isteri Vatalis dan anak bungsunya untuk menyumpah Vatalis mati kalau mereka tidak mendengar Vatalis mengeluarkan kenyataannya. Saya sudah tidak mempunyai saksi yang hidup kerana bapa sudah meninggal. Mustahil isteri dan anak Vatalis mahu menjadi saksi kepada saya.
4. Vatalis telah berjanji untuk menghadiahkan rumah kepada ibu-bapa tetapi tidak ditunaikan.
Selepas Bapa meninggal (sebelum cukup 40 hari), Vatalis masih lagi menyiapkan rumah konkritnya. Pada masa itu, isteri dan anak perempuan saya (Florie) mengunjungi ibu dirumah itu. Vatalis telah mengeluarkan kenyetaan berikut “ Saya cabar kamu (Florie) siapa-siapa yang boleh menghadiakan rumah kepada ibu-bapa macam saya” Anak saya (Florie) hanya menganguk-angguk kepala tanda akur. Apabila anak saya mendengar Ibu (lingsu Kupok) di halau dari rumah tersebut, dia (Florie) hanya mampu menyatakan Uncle (Vatalis) pembohong. Renungkan seorang anak mentah yang baru berusia 13 tahun boleh melebelkan seorang Pakcik yang bukan sehaja dewasa tetapi berpengatahuan luas sebagai pembohong.
5. Vatalis hanya mengharapkan bapa cepat mati untuk membolehkan dia membuat sesuka-hatinya ke atas tanah pusaka bapa.
Kalau Vatalis berniat baik Vatalis berusaha mengurus ganding nama secepat mungkin sebelum bapa (Kusi Jambul pemilik tanah pusaka) meninggal dunia. Kenapa selepas sehaja 40 hari bapa meninggal dunia Vatalis secara rashia-rashia menguruskan ganding nama kepada anak-anaknya dan Erus?
6. Vatalis tidak berperi-kemanusiaan dengan sanggup menghalau Julian dan keluarganya keluar dari rumah hasil pencarian bersama ibu-bapa.
Vatalis tidak tuli dan bukan buta. Vatalis Nampak Julian tidak ada pendapatan tetap. Kenapa Vatalis selalu mendesak Julian dan keluarganya membina rumah ditanahnya sendiri. Tindakan ini sangat kejam dan tidak melambangkan seorang abang. Mereka juga manusia, cuma bezanya Vatalis mampu dan Julian tidak mampu. Mereka (Julian) cuma duduk diatas tanah Vatalis tetapi tidak meminta Vatalis membiayai makan/minum serta perbelanjaan anak-anak. Vatalis tidak rugi satu sen pun.
7. Vatalis lari dari tanggungjawab untuk mengambil-alih tugas bapa sebagai ketua keluarga selepas bapa meninggal. (selepas mendapat harta dengan cara yang tidak bermaruah).
Sepatutnya apabila bapa meninggal, Vatalis sebagai anak sulung bertindak sebagai bapa kepada kami (Blasius, Julian dan Erus). Kami bukan meminta Vatalis membiayai makan-pakai kami, tetapi hanya mengharapkan nasihat, bimbingan dan teladan yang baik. Tetapi apa yang kami rasakan Vatalis melarikan diri dari tanggungjawab. Kami tidak dapat melihat keikhlasan dan kerendahan dari setiap cakap yang diucapkan.
8. Vatalis berusaha secara ego mengumpul ahli keluarga bapa (Kusi Jambul) sedangkan adik-beradiknya sendiri tidak diurus sepatutnya.
Memperingati 40 hari, 100 hari dan seterusnya bukan untuk menunjuk-nunjukkan kelebihan anak-anak Vatalis, tetapi memperingati jasa dan tanggungjawab yang telah dilaksanahkan oleh mendiang bapa (Kusi Jambul) bersama saanak saudaranya dan saanak saudara sebelah Ibu (Lingsu Kupok). Apa yang Vatalis dan anak-anak buat? Sudahlah Vatalis terlalu berkira mengeluarkan belanja dalam perkumpulan itu, Vatalis dan anak-beranak menunjuk-nunjukkan kelebihan masing-masing. Ketinggian sekolah anak, pertunangan anak dan sebagainya siap dengan peralatan yang changgi-changgi. Kami (Blasius, Julian, Erus dan Ibu) langsung tidak diberi penghargaan. Pengorbanan Ibu (lingsu Kupok) menjaga makan/minum Bapa semasa dia terampai sakit hingga saat-saat kematiannya langsung tidak diberi pujian maupun ucapan terima kasih kepada ibu (lingsu Kupok). Kami (Blasius, Julian dan Erus) walaupun tidak bersekolah tinggi tetapi kami juga menyumbang kepada perjalanan susah/senang keluarga. Kenapa hari memperingati kematian bapa (Kusi Jambul) dicampur-adukkan dengan acara minta puji/menunjuk-nunjuk? Kami (Blasius, Julian, Erus dan Ibu) sangat malu dan kecewa dengan persembahan/perlakuan ego Vatalis dan anak-anak.
Dihari memperingati kematian Bapa yang ke100 hari mesyarakat sekeliling takut datang. Mereka mengatakan mereka tidak mahu datang kerana Vitalis/Kuinin minta “Pot Luck”. Ada yang bertanya “boleh datangkah kalau tiada bawa “Pot Luck”?. Masyarakat mengatakan belum pernah ada orang bikin “Pot Luck” untuk memperingati bapa cukup 100 hari.
Ini semua angkara ego yang ditunjukkan oleh Vatalis dan anak-anak semasa hari memperingati Bapa yang ke40 hari. Vatalis buat taik/najis dan sekarang seluruh keluarga berbau taik/najis. Tahniah Vatalis, kamu berjaya mencipta “BANTUG” yang akan menjadi bahan cerita masyarakat sekeliling turun-temurun.
Kami (Blasius, Julian dan Erus) bagi pihak Keluarga mendiang Kusi Jambul memohon ampun dan maaf kepada Ketua Kampong Tobur, Kelawat dan seluruh masyarakat sekeliling dan seanak saudara sebelah bapa (mendiang Kusi Jambul) dan sanak saudara sebelah Ibu (lingsu Kupok). Semua perbuatan dan perlakuan Vatalis pada masa itu amat-amat kami kesali.
Penutup.
Kenyataan Vatalis terakhir “ Allah Maha Besar Lindungi UmatMu”.
Kenyataan ini kelihatan hanya luaran sehaja dan cubaan menyalah-gunakan nama Allah. Saya (Blasius) bukan orang alim atau ahli agama, tetapi saya tetap mengajak kamu (Vatalis, Isteri dan anak-anak) membaca dan merenung ajaran Alkitab berikut:
1. Kitab Yakobus bab. 1 hingga bab. 5
2. Kitab Galatia bab. 5:16-26.
Kepada anak-anak Vatalis, Kami (Blasius, Julian dan Erus) nasihatkan jangan perlakukan bapa kamu atau ibu kamu seperti yang diperlakukan oleh bapa kamu (Vatalis) kepada ibunya (Lingsu Kupok). Sila baca dan renung ajaran tuhan Allah berikut:
1. Keluaran Bab. 20:12
2. Roma Bab. 2:1-16,
3. Roma Bab. 14:1-23
Semua kekalutan keluarga ini akan pulih bila ada kerendahan hati dan perasaan kasih sesama manusia dalam setiap peribadi didalam keluarga ini. Sama-sama kita usahakan supaya kita semua mempunyai kerendahan hati dan perasaan mengasihi sesama manusia didalam diri kita masing-masing. Marilah kita sama-sama menundukkan kepala kita lebih rendah daripada dada kita supaya kita dapat melihat betapa kecilnya kita didepan tuhan Allah semesta alam. Harta dunia hanya dipinjamkan tuhan saja kepada kita untuk memudahkan kita mengabdikan diri kepadaNya. Amin.
No comments:
Post a Comment